Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
20 maut, 40 cedera gempa bumi di Pakistan -

20 maut, 40 cedera gempa bumi di Pakistan

SEKURANG-KURANGNYA 20 orang terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda wilayah Balochistan barat daya Pakistan, lapor Xinhua.

Ketua Pengarah Lembaga Pengurusan Bencana Balochistan, Naseer Nasar pada Khamis berkata korban dilaporkan di daerah Harnai dan gempa menyebabkan beberapa rumah runtuh.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi terjejas untuk memulakan kerja-kerja menyelamat.

Beliau berkata angka korban mungkin meningkat kerana dipercayai ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan. 

Menurut media tempatan, mayat dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan.

Darurat turut diisytiharkan di daerah yang terjejas. – SB