Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
128 hilang tempat tinggal kebakaran di Telipok -

128 hilang tempat tinggal kebakaran di Telipok

SERAMAI 128 orang daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 16 rumah di Skim Penempatan Telipok, Jalan Tuaran, dekat sini, musnah dalam kebakaran tengah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas serta Tuaran bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.19 tengah hari.

Beliau berkata kebakaran melibatkan dua deretan rumah 16 pintu jenis tidak kekal dan operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air daripada jentera bomba. 

Katanya, kebakaran tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa manakala punca dan anggaran kerugian sedang disiasat.