AMALAN sihir, santau dan ilmu bercanggah ajaran Islam didapati masih banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu ‘group chatting’ menyeramkan di Instagram, yang dikongsikan menerusi akaun TikTok milik @babe.qhaa menunjukkan satu video yang merakamkan aktiviti sihir yang dikendalikan seorang lelaki.
“Gambar dalam group itu dipenuhi dengan perempuan kebanyakannya Instafamous, saya buka voice note, lelaki itu kata siapa tak teman dia video call, dia akan sihir.
“Gambar yang dia hantar dipenuhi dengan gambar yang telah ditangkap layar di media sosial, ada juga patung dibalut dengan gambar dan dicucuk jarum dan paku serta diletak sebelah parang tajam.
“Saya tak kenal siapa perempuan yang dalam gambar tu, semoga adik dalam lindungan Allah.” katanya.
Menurutnya, group itu dipenuhi dengan wanita dalam kalangan selebriti media sosial (Instafamous) dan dia mendakwa lelaki tersebut akan mengugut untuk menyihir mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video dengannya.
Namun, menurut video penjelasannya di Instagram, ada juga yang mengaku gambar di dalam video itu adalah gambar mereka.
“Saya tak pasti benda ni scam, atau ugutan, atau hanya sia-sia, main-main untuk melepaskan nafsunya.
“Gambar yang dia screenshot yang dibalut dengan patung, diletak atas Al-Quran, atas sejadah, ada seorang perempuan mesej saya mengaku itu gambarnya,” katanya.
Lebih menakutkan, apabila individu tersebut menggunakan Al-Quran dan sejadah untuk aktiviti terkutuk itu.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa seram lalu menyuruh gadis tersebut untuk melakukan laporan polis.
Malah, ada segelintir yang mengingatkan agar meletakkan akaun media sosial dalam mod privasi dan berhati-hati ketika berkongsi foto kepada umum. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.