Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isu laman web program rekalibrasi pati selesai dalam masa terdekat - Saravanan -

Isu laman web program rekalibrasi pati selesai dalam masa terdekat – Saravanan

KERAJAAN akan menyelesaikan isu laman sesawang untuk Program Rekalibrasi Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak berfungsi sejak Julai lepas, dalam masa yang terdekat.

Menteri Sumber, Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia susulan kerja integrasi laman sesawang yang dijalankan oleh dua kementerian terlibat iaitu Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kita sedang melakukan integrasi antara dua sistem (Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx).
“Lepas ini kita hanya akan ada satu sistem sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media peraduan mencipta kandungan latihan kemahiran dalam pelbagai bahasa – portal pembelajaran e-LATiH di Wisma HRD Corp di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang meminta penjelasan KDN dan KSM mengenai ketidakfungsian laman sesawang program rekalibrasi berkenaan sejak 1 Julai lepas.

Sebelum ini, melalui pelaksanaan program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK), permohonan dibuat menerusi modul e-Quota di bawah FWCMS tanpa perlu melalui ePPAx.

Saravanan berkata, integrasi antara kedua-dua sistem berkenaan penting supaya tidak berlaku keciciran data yang dimiliki oleh KDN dan KSM serta tidak berlaku kekeliruan pada masa akan datang. – Bernama