Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
88.4 peratus penduduk dewasa di Malaysia lengkap vaksin -

88.4 peratus penduduk dewasa di Malaysia lengkap vaksin

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menunjukkan perkembangan positif apabila seramai 20,698,852 atau 88.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap divaksin.

Menerusi data yang dikemas kini dalam laman sesawang COVIDNOW setakat pukul 11.59 semalam, sejumlah 1,418,743 atau 94.5 peratus individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mereka yang tidak divaksinasi pula ialah seramai 1,292,005 orang.

Berdasarkan kemajuan PICK mengikut negeri, empat negeri dan wilayah merekodkan peratusan melebihi 90 peratus iaitu Labuan (98.9), Negeri Sembilan (98.3), Perlis (92.7) serta Lembah Klang (111.8).

Lima negeri mencatatkan peratusan melebihi 80 peratus ialah Sarawak (89.6), Melaka (88.5), Pulau Pinang (86.5), Terengganu (86.0) dan Johor (84.6).

Pahang pula merekodkan 78.4 peratus, selain Kedah (77.5), Perak (76.6), dan Kelantan (72.4), manakala Sabah kekal negeri terendah kadar vaksinasi iaitu 62.7 peratus.

Unjuran menunjukkan negara akan mencapai 100 peratus populasi dewasa lengkap menerima vaksinasi ialah pada 26 Oktober ini.

Sementara itu, bagi Program PICK-Remaja, sebanyak 3.8 peratus sudah lengkap dos suntikan vaksin, manakala 62.5 peratus lagi menerima satu suntikan.

Sebanyak 224,034 dos diberikan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin sejak PICK dilancarkan pada Februari lalu ialah 44,797,925 dos. – SB