Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada kunjungan hormat ke atas YDPN Melaka hingga Khamis -

Tiada kunjungan hormat ke atas YDPN Melaka hingga Khamis

TIADA sebarang kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd. Rustam boleh dilakukan oleh mana-mana wakil parti politik hingga Khamis ini.

Setiausaha Khas Yang Dipertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, ini kerana Mohd Ali sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 30 Sept lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 dan tempoh kuarantin itu berakhir pada hari tersebut.

“Untuk kunjungan hormat, keputusan bergantung kepada Tun (Mohd Ali) pada hari beliau masuk pejabat semula.

“Jika beliau masuk pejabat Jumaat ini, mungkin beliau akan bagi keputusan untuk berjumpa atau tidak hari itu. Semua bergantung kepada keputusan beliau,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Nur Azmi turut mengesahkan menerima surat permohonan kunjungan hormat ke atas Mohd. Ali daripada Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari semalam bagi membincangkan senario politik semasa Melaka.

Semalam, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan mereka hilang kepercayaan, sekali gus menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Perkembangan ini secara teknikal menyaksikan kerajaan Melaka tumbang.

Dewan Undangan Negeri Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi Barisan Nasional (BN), Bersatu (2), DAP (7), PKR (2), Amanah (2) dan Bebas (1). – Bernama