Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PN Melaka akan sertai PRN, terbuka jika UMNO sedia bekerjasama -

PN Melaka akan sertai PRN, terbuka jika UMNO sedia bekerjasama

WALAUPUN beranggapan masanya tidak sesuai, Perikatan Nasional (PN) akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, tindakan itu diputuskan sebagai tanda akur kepada keputusan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mendapat persetujuan

“PN buat keputusan sertai PRN yang tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang akhbar di Melaka, hari ini.

Tambah beliau, susulan itu, PN yang dianggotai parti Bersatu, Pas dan Gerakan berharap rakyat negeri Melaka memberi peluang kepada PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat pusat.

Mohd. Rafiq juga memaklumkan, setakat ini, PN Melaka tidak mendapat sebarang makluman mengenai cadangan kerjasama dengan Barisan Nasional mahupun UMNO

“Bagaimanapun, kami di PN terbuka untuk mengadakan rundingan dengan UMNO sekiranya mendapat permintaan dari parti tersebut bagi mengelak pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Beliau berkata, walaupun belum membincangkan secara terperinci, sebagai sebuah gabungan, Bersatu, Pas dan Gerakan sudah tentu tidak akan bertembung sesama sendiri dalam pilihan raya. – SB