Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemaju hartanah ada kaitan projek terowong dasar laut maut terjatuh kondominium -

Pemaju hartanah ada kaitan projek terowong dasar laut maut terjatuh kondominium

SEORANG pemaju hartanah terkenal di Pulau Pinang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan projek kontroversi terowong dasar laut ditemui maut akibat terjatuh di sebuah kondominium di Jalan Kelawai, hari ini.

Mangsa yang berusia 53 tahun itu dipercayai mati di tempat kejadian, namun sehingga kini tidak ada maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian terbabit.

“Buat masa ini saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mati jatuh bangunan di Jalan Kelawai dan mangsa mati ditempat kejadian. Kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, difahamkan mangsa juga merupakan salah seorang saksi dalam perbincaraan kes rasuah berhubung projek pembinaan terowong dasar laut yang sedang berjalan di mahkamah ketika ini.