Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan teliti cadangan luluskan industri ganja untuk perubatan -

Kerajaan teliti cadangan luluskan industri ganja untuk perubatan

KERAJAAN akan meneliti semula status mengenai cadangan meluluskan industri ganja jenis hem dan marijuana untuk tujuan perubatan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu juga pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Melalui perbincangan tersebut, pandangan telah dikemukakan selain kementerian telah berhubung dengan beberapa pihak termasuk ahli akademik dan swasta untuk melihat potensi industri berkenaan.

“Memang benar kita bersama dalam pentadbiran yang lalu, perkara ini telah dibincangkan dan dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Namun, saya harus merujuk semula apakah status perkara ini kerana ia juga melibatkan beberapa pindaan akta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dibentangkan dalam mesyuarat yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Syed Saddiq mencelah bertanyakan adakah MITI akan memperhalusi cadangan untuk meluluskan kegunaan ganja jenis hem dan marijuana perubatan untuk dieksport ke luar negara.

Mohamed Azmin berkata, penelitian secara kolektif perlu dilaksanakan sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

“Kita harus melihat dari perspektif yang lebih besar tentang keperluan industri ini diperkembangkan dan ia mesti mengikut lunas-lunas peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya. – SB