Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Facebook rugi RM29.22 bilion akibat gangguan selama 6 jam -

Facebook rugi RM29.22 bilion akibat gangguan selama 6 jam

KETUA Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengesahkan syarikat itu kerugian RM29.22 bilion selepas tiga platform media sosial milik mereka mengalami gangguan selama lebih enam jam, semalam.

Sejak tengah malam tadi, platform Facebook, Instagram dan WhatsApp yang dimiliki oleh syarikat Facebook dilaporkan mengalami masalah untuk diakses secara serentak di seluruh dunia.

Masalah yang disangka hanya berlaku dalam tempoh yang singkat ini dilihat telah berlarutan sehingga hampir enam jam sekaligus menjadi gangguan paling lama pernah berlaku dalam sejarah Facebook.

Akibat masalah itu, Mark Zuckerberg yang juga pemegang saham terbesar syarikat beliau dilaporkan terpaksa menanggung rugi sebanyak AS$7 bilion (RM29.22 bilion) selepas saham syarikat Facebook turun sekitar lima peratus.

Bahkan, kedudukannya dalam senarai manusia terkaya dunia juga turun ke tempat keenam berikutan insiden yang berlaku pada platform yang digunakan ramai ini.

Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga pada tahun ini platform Facebook mengalami masalah gagal untuk diakses oleh pengguna seluruh dunia. – SB