Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PH Melaka dijangka umum kerajaan PN tumbang, tubuh kerajaan baharu? -

PH Melaka dijangka umum kerajaan PN tumbang, tubuh kerajaan baharu?

PAKATAN Harapan (PH) negeri dijangka mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka hari ini sekali gus menaikkan kembali suhu politik di negeri tersebut.

Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew dikatakan akan mengadakan sidang akhbar itu namun pihak media sehingga kini masih belum ada sebarang jemputan rasmi dikeluarkan.

Bagaimanapun, sehinga ini belum kelihatan sebarang individu daripada PH negeri yang hadir sejak pengamal media mula berkumpul seawal jam 9 pagi tadi di hotel berkenaan.

Sidang akhbar itu dijadualkan berlangsung jam 10 pagi tadi namun difahamkan masih belum bermula kerana dipercayai dua wakil rakyat kerajaan yang mahu menyertai kumpulan itu difahamkan telah membuat pusingan U.

PH negeri didakwa telah mempunyai bilangan akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri baharu.