Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga kumpulan gajah liar musnahkan kebun -

Tiga kumpulan gajah liar musnahkan kebun

SEKUMPULAN tiga gajah liar memusnahkan pelbagai jenis tanaman di kawasan seluas 120 hektar menyebabkan kerugian hampir RM200,000 di Kampung Sungai Bayu Baru, Gua Musang, Kelantan.

Haiwan liar itu dikatakan bertindak agresif dengan menceroboh kawasan kebun milik 16 penduduk, antara jam 1 hingga 5 pagi semalam dan merosakkan tanaman kelapa sawit, kelapa dan pisang.

Penduduk, Che Adam Che Kob, 64, berkata masalah yang berlaku sejak dua bulan lalu itu tidak boleh lagi dibiarkan kerana semakin banyak tanaman diusahakan penduduk dimusnahkan.

“Malah, serangan gajah itu yang berlaku secara berpindah-pindah di sekitar kampung ini menyebabkan penduduk ketakutan untuk mengambil buah sawit di kebun masing-masing.

“Ada juga penduduk terserempak dengan sekumpulan gajah itu jam 7 pagi di kebun pisang dan terpaksa lari pulang semula ke rumah,” katanya ketika ditemui.

Menurut laporan BH, seorang lagi penduduk, Mohd Khairi Mohamad, 34, mendakwa perkara itu sudah beberapa kali dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di daerah berkenaan.

“Namun, kakitangan jabatan itu datang untuk memantau saja tanpa mengambil sebarang tindakan termasuk menghalau atau menangkap haiwan berkenaan.

“Kehadiran gajah ini dibimbangi boleh mengancam nyawa penduduk, terutama kanak-kanak yang masih kecil kerana haiwan ini dilihat kerap mengelilingi rumah.

“Kami sudah melakukan pelbagai cara bagi menghalau gajah itu, termasuk membakar tayar tetapi ia tidak berkesan dan semakin kerap berada sekitar rumah.

“Setiap hari apabila tiba waktu jam 8 malam, penduduk masing-masing berkurung di dalam rumah kerana tidak berani lagi keluar sebagai langkah keselamatan,” katanya. – SB