Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Shaheizy Sam sanggup usung TV ke hotel -

[VIDEO] Shaheizy Sam sanggup usung TV ke hotel

SUDAH menjadi kebiasaan untuk ibu mengandung mengalami alahan terhadap perkara yang luar jangkaan, tetapi tidak semuanya mengalami alahan yang dianggap pelik. 

Pelakon Syatilla Melvin yang merupakan isteri kepada selebriti terkenal, Shaheizy Sam mendedahkan bahawa dia mengalami alahan pelik iaitu tidak boleh berada dalam rumah sendiri sepanjang kehamilan ketiganya ini.

“Rasa hidup takdak (tidak ada) kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik longlai badan.” kata Syatilla menerusi Instagramnya. 

Syatilla juga memaklumkan bahawa dia ‘bertarung’ sepanjang dua minggu untuk melawan alahan pelik tersebut.

Berikutan itu, Shaheizy Sam telah menyewa hotel selama beberapa hari malah turut membawa televisyen milik mereka sekeluarga ke tempat penginapan tersebut.

Syatilla juga sempat mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana terpaksa berkorban dan menghadapi bersama-sama dugaan hamil kali ini.

“Thank u somiku (terima kasih suamiku) yang sentiasa setia ada di mana-mana, aku tidur kat bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur kat ruang tamu dia ikut, ini baru la namanya kerjasama selamanya! Sayang awk @shaheizy_sam” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi reaksi positif dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman mempunyai alahan yang sama seperti Syatilla.

“Sama macam saya Tila, anak kedua, biar tidur dalam kereta takpe dari balik rumah. Nampak je jalan balik rumah rasa tak selesa dah, rasa muntah semua ada,” kata Siti_Naemahyusoff.

“Saya alami alahan teruk macam Tilla ni, Lebih teruk dari ni, bayangkan lamanya after keluar labour room baru hidupku kembali normal,” kata Mihanhamid.

“Alahan kita sama, alhamdulillah dah selamat bersalin, baby keluar awal taknak lama-lama duduk dalam perut mak dia,” kata Joemirahomeshop.

Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy berusia empat tahun dan Sarimah Samheizy yang kini mencecah usia setahun. – SB