Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
UCustoms: CEO sebuah syarikat ditahan SPRM -

UCustoms: CEO sebuah syarikat ditahan SPRM

SEORANG Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang dikaitkan dengan projek sistem uCustoms milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia, telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Sumber berkata suspek berusia 50-an itu ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Ya, saya mengesahkan suspek telah ditahan SPRM dan siasatan lanjut sedang dibuat,” katanya ringkas.

Pada 29 Sept lepas, SPRM menjalankan siasatan berhubung isu sistem uCustoms bernilai RM397.43 juta yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), kerana gagal disiapkan sejak projek itu bermula pada Oktober 2013.

LKAN 2019 Siri 2 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat mendedahkan sistem uCustoms bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan, walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.

Menurut laporan audit itu, sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek, manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan.