KES baharu COVID-19 di negara ini menurun sedikit kepada 10,915 kes berbanding 11,889 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosial beliau memaklumkan, perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes adalah 2,268,499.
Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,121 kes, diikuti Selangor (1,386), Kelantan (1,288) dan Johor (1,124).
Perak pula merekodkan 862 kes, Terengganu (818), Sabah (784), Pulau Pinang (768), Kedah (574), Pahang (504), Melaka (216), Negeri Sembilan (211), Kuala Lumpur (171), Perlis (58), Putrajaya (26) dan Labuan (4).
Sementara itu, penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah 59 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 53 peratus katil bukan ICU.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.