STATISTIK yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menunjukkkan, dalam tempoh 24 jam lalu Sarawak merekodkan lonjakan tinggi kes kematian apabila mencatatkan 40 kes berbanding dua kes pada Rabu.
Bagaimanapun, jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 diseluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam turun kepada 192 kes berbanding 208 yang direkodkan pada Rabu.
Jumlah itu termasuk 47 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID), lapor KKM menerusi laman sesawang kendaliannya COVIDNOW.
Secara keseluruhan jumlah kematian akibat Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara awal tahun lalu sehingga semalam mencecah 26,335 kes, termasuk 5,279 kes BID.
Enam negeri lain turut mencatat peningkatan kes kematian. Johor merekodkan 34 kematian semalam berbanding 30 pada Rabu; Perak (23 semalam, 8 Rabu); Terengganu (8 semalam, 7 Rabu); Kuala Lumpur (7 semalam, 4 Rabu); Melaka (4 semalam, 0 Rabu); dan Negeri Sembilan (2 semalam, 0 Rabu). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.