Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
YouTube buang video maklumat salah berkaitan vaksin Covid-19 -

YouTube buang video maklumat salah berkaitan vaksin Covid-19

GERGASI perkhidmatan penstriman video dalam talian, YouTube akan menghapuskan kandungan yang menyebarkan maklumat salah berkaitan semua vaksin yang diluluskan.

Langkah itu sekali gus memperluas larangan dakwaan palsu mengenai suntikan vaksin Covid-19.

Syarikat itu menjelaskan dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, antara jenis kandungan yang akan dipadam dan dihalang oleh YouTube adalah video yang mendakwa vaksin Covid-19 yang diluluskan menjadi punca autisme, barah atau kemandulan.

Polisi ini merangkumi penamatan akaun individu antivaksin, kata platform perkongsian video dalam talian dan media sosial Amerika Syarikat (AS) yang dimiliki Google itu.

Sebelum ini, YouTube dikritik kerana tidak mengambil banyak langkah untuk mengatasi maklumat kesihatan palsu di laman web mereka.

YouTube berkata, 130,000 klip video telah dibuang daripada platformnya sejak tahun lalu, ketika syarikat itu melaksanakan larangan terhadap kandungan yang menyebarkan maklumat salah berkaitan vaksin Covid-19.

Syarikat itu turut mengatakan telah menyiasat dakwaan palsu mengenai suntikan Covid-19 yang ‘menyebarkan maklumat salah mengenai vaksin secara umum’.

Dasar baru ini merangkumi vaksin yang telah lama diluluskan, seperti vaksin campak atau hepatitis B.

“Kami memperluas polisi maklumat salah perubatan di YouTube dengan garis panduan baru mengenai vaksin yang sedang diberikan, diluluskan dan disahkan selamat serta berkesan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Testimoni peribadi yang berkaitan dengan vaksin, kandungan mengenai dasar vaksin, percubaan vaksin baharu, dan video sejarah kejayaan atau kegagalan vaksin akan dibenarkan untuk terus berada di laman web ini,” kata syarikat itu.

Langkah itu menyusul larangan serupa dilaksanakan oleh Facebook pada Februari lalu, yang menyasarkan tuntutan palsu mendakwa vaksin tidak berkesan atau menyebabkan autisme. Namun, sejak itu Facebook berdepan cabaran untuk menguatkuasakannya.

Pada Julai lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata sebahagian platform media sosial bertanggungjawab ke atas keraguan orang ramai untuk mendapatkan vaksin dengan menyebarkan maklumat salah, dan meminta mereka untuk menangani masalah ini.

Pada Mac lalu, Twitter mengumumkan bahawa pengguna yang berulang kali menyampaikan maklumat salah mengenai vaksin akan disingkir dan diharamkan daripada platform itu. – Agensi