Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Korban rusuhan di penjara di Ecuador meningkat 100 orang -

Korban rusuhan di penjara di Ecuador meningkat 100 orang

LEBIH 100 banduan maut dalam rusuhan penjara di bandar pelabuhan barat daya Guayaquil pada Selasa, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa penjara memaklumkan jumlah mangsa yang cedera dalam insiden di penjara Litoral Penitentiary itu kekal 52 orang.

“Menurut @SNAI_Ec sehingga kini disahkan lebih 100 banduan maut dan 52 cedera telah disahkan,” memetik akaun Twitter pihak berkuasa pada Rabu.

Polis, Pejabat Pendakwa dan pihak berkuasa lain akan menjalankan siasatan ke atas kejadian itu yang disifatkan antara yang terburuk berlaku tahun ini. Ecuador sering menghadapi krisis rusuhan di penjara.

Pada Februari, satu siri rusuhan berlaku di empat penjara menyebabkan 79 banduan maut dan 20 yang lain cedera, termasuk pegawai polis.

Presiden Ecuador, Guillermo Lasso pada Rabu mengisytiharkan darurat di seluruh negara selama 60 hari untuk mengelak lebih banyak keganasan. – Bernama