Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Azmi Saat kehilangan anak selepas tiga hari dilahirkan -

Azmi Saat kehilangan anak selepas tiga hari dilahirkan

PENANTIAN selama 10 tahun vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat untuk menimang cahaya mata sulung berakhir dengan kesedihan selepas tiga hari bayinya itu dilahirkan.

Anak lelakinya itu, Khairul Afnan yang lahir dengan masalah fungsi otak menghembuskan nafas terakhirnya pada usia tiga hari pada hari ini.

Khabar sedih itu dikongsikan Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai terutama rakan-rakan artis yang meluahkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Khairul Afnan.

Menurut beliau, Khairul Afnan sepanjang usianya yang singkat itu terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.

Sehubungan itu, Azmi memohon semua pihak agar mendoakan kesembuhan segera buat anaknya itu.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung, tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdirNya,” katanya menerusi laman Instagram beliau. – SB