SEJUMLAH 94.1 peratus (23.35 juta) daripada individu dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.
Manakala lebih 85.7 peratus (20.09 juta) daripada populasi dewasa lengkap divaksinasi setakat semalam.
Bagi populasi keseluruhan, 61.5% telah menerima vaksin lengkap sementara 71.6% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Sejumlah 338,661 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 43.37 juta. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.