4 negeri sifar kematian semalam

STATISTIK Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini dalam laman sesawangnya COVIDNOW hari ini menunjukkan empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Labuan, dan Putrajaya mencatat sifar kematian.

Bagaimanapun, tiga negeri lain mencatatkan kenaikan dalam kes kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam.

Tiga negeri berkenaan adalah Selangor yang merekodkan 76 kes semalam berbanding 41 kematian pada Selasa; Pulau Pinang (30 kes semalam, 18 kes Selasa); dan Perlis (4 kes semalam, satu kes Selasa).

Data yang dikongsikab turut menunjukkan penurunan kes kepada 208 berbanding 240 kes yang dilaporkan pada Selasa.

Secara keseluruhan sejak kematian pertama akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini pada awal tahun lalu sehingga semalam, 26,143 pesakit telah meninggal dunia, termasuk 5,232 kes dikategorikan ‘brought in death’ (BID) setelah meninggal sebelum dibawa ke hospital.
Semalam sahaja, daripada 208 pesakit yang meninggal dunia, 64 daripadanya adalah kes BID.

KKM turut melaporkan sehingga semalam jumlah kes Covid-19 yang masih aktif di seluruh negara turun lagi kepada 169,718 pesakit berbanding 174,492 pada Selasa.

Daripada jumlah itu, 140,598 pesakit sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah – turun lagi berbanding 144,631 pesakit yang dicatatkan pada Selasa dan 147,848 pesakit pada Isnin.

KKM turut memaklumkan sehingga semalam 18,957 pesakit kini dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negara, turun daripada 19,598 pesakit yang dicatatkan pada Selasa.

Statistik KKM juga menunjukkan 9,185 pesakit kini dirawat di hospital seluruh negara sehingga semalam, turun lagi berbanding 9,278 pesakit pada Selasa dan 9,554 pada Isnin.
Daripada jumlah pesakit yang dirawat di hospital itu, 1,486 direkodkan di hospital seluruh Johor; diikuti Selangor (1,258); Sabah (1,104); Sarawak (1,045); Kelantan (799); Perak (763); Pulau Pinang (563); Kedah (410); Pahang (396); Kuala Lumpur (352); Terengganu (301); Negeri Sembilan (271); Melaka (215); Perlis (164); Putrajaya (56); dan Labuan (dua).

Seramai 978 pesakit, termasuk 565 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital di seluruh negara, turun sedikit daripada 985 pesakit yang direkodkan pada Selasa.
Statistik KKM juga menunjukkan Selangor merekodkan jumlah tertinggi pesakit Covid-19 dirawat di ICU iaitu 157 pesakit; diikuti Sabah (122 pesakit); Sarawak (109 pesakit); Perak (91 pesakit); Pulau Pinang (84 pesakit); Johor (83 pesakit); dan Kedah (79 pesakit).

Kelantan pula mencatatkan 72 pesakit di ICU; Kuala Lumpur (51 pesakit); Melaka (40 pesakit); Pahang (33 pesakit); Terengganu (30 pesakit); Negeri Sembilan (14 pesakit); Perlis (10 pesakit); Labuan (dua pesakit); dan Putrajaya (satu).
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – SB