REVIU kereta baharu atau kereta sport mungkin biasa bagi kebanyakan orang, namun review kereta jenazah, bukan sahaja luar biasa tetapi mampu membuat kita berfikir sejenak.
Ada yang berpendapat tindakan itu sebagai tidak perlu, namun ia juga tidak salah seperti dilakukan seorang jurujual memuatnaik video reviu kereta jenazah di akaun TikToknya.
Rata-rata yang menonton video tersebut agak terkejut, namun kagum dengan usaha juru jual berkenaan mempromosi sebuah van jenazah.
“First time ada salesman yang buat promote van jenazah,” kata Mik.
“Is it my first time i ever see Chinese girl review Van Jenazah.. good job,” kata im.ninjaa_.
“First time tengok orang review van jenazah dan yang review tu pun non muslim pulak tu.. terkejut kita” Kata fazuramaliqq.
Mereka juga kagum dan teruja apabila jurujual berketurunan Tiong Hua sempat menyelit kata-kata ingatan tentang kematian.
“Suatu hari nanti kita pun akan naik juga kan,” katanya. – SB.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.