Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sultan Johor kurnia lebihan bayaran cukai kepada YSIJ -

Sultan Johor kurnia lebihan bayaran cukai kepada YSIJ

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM1.4 juta bagi 2019 yang diterima baginda akan dikurniakan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Baginda bertitah lebih bayaran tersebut diserahkan kepada baginda bagi pembayaran cukai atas syarikat-syarikat milik Keluarga Diraja Johor.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada LDHN atas pemulangan lebihan bayaran cukai ini, di mana saya akan mengurniakan wang berkenaan kepada YSIJ.

“Ini juga bagi membolehkan YSIJ terus menyampaikan pelbagai sumbangan untuk rakyat bagi meringankan beban mereka khususnya yang banyak terkesan akibat pandemik COVID-19,” titah baginda menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN Datuk Mohd Jaafar Embong dan Pengarah LHDN Johor Md Kamal Johan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Sultan Ibrahim turut bertitah YSIJ secara aktif menghulurkan pelbagai sumbangan kepada rakyat termasuk sumbangan makanan setiap minggu dan pelbagai bantuan lain.

Bermula pada April tahun lepas, Sultan Johor secara berterusan mengurniakan bantuan bekalan makanan kepada golongan memerlukan di seluruh Johor setiap minggu.