FILEM Frontliner yang akan ditayangkan di Netflix pada 30 September 2021 ini merupakan filem yang mengisahkan tentang situasi petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus sepanjang pandemik menular.
Namun, filem yang digarap sebagai tanda penghargaan kepada jasa wira-wira negara itu terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian sebelum stesen television penstriman itu mengangkat martabatnya.
Pengalaman pahit penerbit filem Frontliner, Aminahtul Mardiah Md. Nor itu dikongsikan kepada Satu Berita hari ini.
Katanya Aminahtul ketika meluahkan kesedihannya, filem tersebut sudah disiapkan sejak tahun lepas, tetapi disebabkan berdepan pelbagai masalah seperti stesen TV berbayar tidak jadi menayangkan filem tersebut menyebabkan filem ini ditangguhkan tayangannya.
Selain itu, Aminahtul juga menyatakan bahawa pihaknya pernah ditipu oleh ejen yang dikatakan mahu membantu untuk menyiarkan filem tersebut di Netflix namun setelah beberapa bulan masih tidak mendapat sebarang maklum balas.
“Kami juga cuba mendapatkan bantuan dari agensi kerajaan untuk menggunakan aset-aset tertentu demi menunjukkan lagi situasi sebenar ketika ini namun kami tidak dilayan,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.
Tambahnya lagi, pihak produksi mereka juga tidak mendapat sebarang dana dari mana-mana pihak malah mereka menggunakan duit sendiri demi menghasilkan filem ini.
“Kita juga terpaksa ‘compress’ filem ini daripada 120 minit kepada 90 minit dan banyak scene yang terpaksa dibuang,
“Tapi ia menjadi satu filem yang padat dan memberi kesan yang besar walaupun ianya tak cukup sempurna,” katanya.
Namun, disebalik ujian itu, ada sinar yang menerangi usaha mereka apabila filem ini dibeli oleh Netflix yang mana menjadikan filem ini sebagai satu-satunya filem di Malaysia yang dibeli Netflix dan ditayangkan serentak satu dunia.
Bagaimanpun, jangan lupa untuk saksikan filem Frontliner yang bakal ditayangkan serentak seluruh dunia pada 30 September 2021 untuk mengetahui dan menghargai jasa pertugas barisan hadapan yang berjuang demi keselamatan rakyat Malaysia. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.