Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Individu terlepas dos kedua AstraZeneca disaran ambil suntikan sebelum 4 Oktober -

Individu terlepas dos kedua AstraZeneca disaran ambil suntikan sebelum 4 Oktober

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JAWATANKUASA Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, mereka yang terlepas suntikan kedua dos vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca disaran supaya hadir ke Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) asal mereka secara terus atau ‘walk in’

Menurut hantaran JKJAV dalam Facebook rasmi mereka, individu berkenaan perlu berbuat demikian sebelum 4 Oktober ini.

“Individu berkenaan boleh datang terus ke mana-mana empat lokasi PPVAZ sebelum tarikh tersebut.

“Lokasi PPAZ tersebut ialah PPVAZ Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur; PPVAZ Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur; PPVAZ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan PPVAZ Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

“Kepada penerima vaksin AstraZeneca di Lembah Klang yang telah terlepas suntikan dos kedua, sila terus ke PPV asal anda sebelum 4 Oktober 2021.

“Semua PPVAZ di Lembah Klang akan ditutup selepas 3 Oktober,” jelas hantaran tersebut, hari ini. – SB