Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: 75 BID direkodkan semalam -

Covid-19: 75 BID direkodkan semalam

SEJUMLAH 258 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan setakat semalam dengan 75 daripadanya meninggal dunia di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Pun begitu, data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah sebenar kematian akibat Covid-19 purata seminggu di negara ini semalam adalah sebanyak 87, manakala selebihnya adalah kematian tertunggak (backlog).

Jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini ialah 25,695.

Data kes kematian juga menunjukkan Pulau Pinang kekal mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 14.4 peratus kes kematian diikuti Johor 10.9 peratus, Sabah 6.5 peratus dan Kedah 6.3 peratus. Manakala, seramai 978 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 576 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada 258 kes kematian yang dilaporkan semalam, 56 daripadanya adalah di Selangor, disusuli Johor (53), Kedah (46), Kuala Lumpur (25),Pulau Pinang (21), Sarawak (19), Sabah (12), Kelantan, Perak dan Pahang masing-masing (5),Terengganu dan Melaka (4), Perlis (2) serta Negeri Sembilan (1).

Manakala Labuan dan Putrajaya mencatatkan sifar kes kematian semalam. – SB