Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RMK-12: Kerajaan ganti 148 sekolah daif -

RMK-12: Kerajaan ganti 148 sekolah daif

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menggantikan 148 bangunan sekolah daif dengan kos RM1.6 bilion pada 2021 dan 2022 bagi menjadikan persekitaran sekolah lebih kondusif.

Perdana Menteri menjelaskan, empat kompleks sekolah dan lima sekolah baharu akan turut dibina membabitkan kos RM848 juta.

Katanya, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, meningkatkan kualiti program melalui akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET.

“Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan bakat amat penting dan oleh itu, sistem pendidikan perlu mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.

“Tumpuan akan diberi untuk menambah baik seluruh sistem pendidikan negara serta menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan. Bagi menambah baik sistem pendidikan negara, beberapa langkah utama akan dilaksana.

“Ia antaranya memperkukuhkan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi menyediakan murid dengan perubahan teknologi termasuk 4IR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail Sabri berkata, program TVET akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, meningkatkan kualiti program melalui akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET;

“Platform berpusat bagi data penawaran dan permintaan TVET akan dibangunkan, sistem pendidikan tinggi yang lebih fleksibel akan diwujudkan dan kerjasama dengan industri dipertingkat bagi menambah baik kualiti graduan dan memenuhi keperluan industri.

“Pelan pendidikan digital pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi akan diperkenalkan bagi memastikan akses yang lebih luas kepada pendidikan yang berkualiti; dan menaik taraf kemudahan beberapa universiti awam, antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM),” katanya.