Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RMK-12: Agenda Bumiputera, Keluarga Malaysia akan diperkasa oleh Kerajaan dan GLC -

RMK-12: Agenda Bumiputera, Keluarga Malaysia akan diperkasa oleh Kerajaan dan GLC

AGENDA Bumiputera dan keluarga Malaysia akan diperkasakan melalui usaha bersepadu antara kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Parlimen pagi tadi berkata, agenda berkenaan akan diterapkan dalam pelaksanaan semua dasar bagi memastikan ia menjadi komponen yang diberi keutamaan pada segenap peringkat dan aspek pembangunan.

Beliau turut menggariskan inisiatif dan program sebagai strategi bagi menjayakan agenda itu.

“Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti ekonomi, akses dan peluang pendidikan serta pembangunan modal insan, termasuk huffaz akan diperkukuh.

“Antaranya melalui inisiatif seperti berikut. Pertama, latihan dalam bidang teknikal dan profesional supaya menjadi pakar dalam pelbagai bidang. Kedua, kemahiran untuk kerjasama masa depan seperti penganalisis dan saintis data serta pakar data raya,” katanya.

Tambah beliau, daya tahan dan kemampanan perniagaan Bumiputera akan dipertingkat bagi mencapai sasaran 15 peratus sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025.

Pencapaian itu, katanya, akan disokong melalui penyediaan pembiayaan dan pelaksanaan program baharu.

“Pertama, Dana Kemakmuran Bumiputera untuk syarikat Bumiputera; kedua, Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk kontraktor Bumiputera.

“Ketiga, penyertaan lebih ramai usahawan Bumiputera menceburi bidang ekonomi digital serta industri yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi,” katanya.

Bagi meningkatkan kekayaan Bumiputera, dasar dan pelaksanaan kuota pemilikan kediaman Bumiputera, Perdana Menteri berkata, ia akan diperkukuh melalui kerjasama lebih erat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu, katanya, bantuan kewangan, bimbingan dan permentoran oleh institusi kewangan juga akan diperluas bagi menyokong usahawan Bumiputera. – SB