Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RMK-12: 500,000 unit rumah mampu milik bakal dibina -

RMK-12: 500,000 unit rumah mampu milik bakal dibina

KERAJAAN bakal membina 500,000 unit rumah mampu milik akan dibina dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 untuk memiliki rumah.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, langkah itu sebagai tambahan pembinaan lebih 282,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

Menurut beliau, pembinaan itu selaras dengan Dasar Perumahan Negara, dengan kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman mencukupi, berkualiti dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO) akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak dibebani dengan bayaran ansuran,” katanya ketika membentangkan usul RMK-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin, kerajaan memperuntukkan RM2.25 bilion dalam tempoh RMK-12.

Katanya, peruntukan itu adalah bagi membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, membabitkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.

“Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO),” katanya. – SB