JUMLAH kes baharu yang direkodkan semalam menurun sebanyak 2,145 kes kepada 10,959 kes berbanding semalam 13,104 kes.
Ini merupakan penurunan tertinggi kes harian Covid-19 turun kepada 10,959 kes setelah berbulan-bulan kes setiap hari mencecah antara 13,000 hingga 15,000.
Malah Selangor mencatatkan kes di bawah 1,000 dengan hari ini direkodkan 979 kes manakala Kuala Lumpur pula merekodkan 176 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran laman Facebook beliau mengenai perkara ini berkata, Sarawak merupakan negeri tertinggi Covid-19 iaitu 2,723 kes dan diikuti Johor (1,226).
Berikut pecahan setiap negeri:
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 979 (673,129)
Sarawak – 2,723 (201,812)
Sabah – 751 (195,015)
Johor – 1,226 (191,996)
WPKL – 176 (185,278)
Kedah – 660 (132,331)
Pulau Pinang – 793 (127,688)
Kelantan – 983 (111,863)
Perak – 713 (99,667)
Negeri Sembilan – 110 (96,854)
Pahang – 739 (62,680)
Melaka – 346 (57,473)
Terengganu – 691 (53,678)
WP Labuan – 0 (9,954)
WP Putrajaya – 18 (6,079)
Perlis – 51 (3,697)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.