Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] 'LBersatu kembalikan kekuatan, daya saing ekonomi negara - Ismail Sabri -

[VIDEO] ‘LBersatu kembalikan kekuatan, daya saing ekonomi negara – Ismail Sabri

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua pihak memberi tumpuan kepada agenda menyusun semula dan mengembalikan kekuatan dan daya saing ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, penghujung tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global dan impak pandemik COVID-19.

Ia, katanya, menyebabkan kerajaan menumpukan usaha melindungi nyawa dan kehidupan Keluarga Malaysia dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

“RMKe-12 telah dirangka dengan mengambil kira perubahan dalam landskap ekonomi global dan domestik serta keperluan menangani isu semasa demi masa depan Keluarga Malaysia yang lebih cerah.

“Dengan objektif “Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan”, RMKe-12 menggariskan perancangan strategik yang komprehensif bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, berteknologi tinggi dengan guna tenaga mahir ke arah mencapai pertumbuhan inklusif tanpa mengabaikan alam sekitar.

“Pada masa yang sama, kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan tiada sesiapa yang tertinggal,” katanya ketika membentangkan RMKe-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri, berkata krisis yang dihadapi negara telah menyatukan semua pihak, malah membuka peluang kepada transformasi.

Pada 13 September lalu, tegasnya, satu sejarah tercipta apabila kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Untuk Transformasi dan Kestabilan Politik.

Katanya, ia adalah hasil daripada dasar kerajaan yang inklusif dan persefahaman itu diharap membolehkan usaha memerangi pandemik dan meletakkan negara pada asas pertumbuhan yang lebih kukuh diberi perhatian.

“Dengan semangat Keluarga Malaysia, kita ketepikan semua perbezaan, berganding bahu untuk membina Malaysia yang berdaya saing dan berdaya tahan serta kalis cabaran.

“Mari kita kumpulkan seluruh tenaga, kepakaran dan pengalaman yang ada di sebelah sini dan di sebelah sana, untuk bersama-sama merealisasikan matlamat RMKe-12. Kita mesti mendakap erat prinsip bekerja bersama rakyat, demi Keluarga Malaysia,” katanya.