Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bantuan bersasar diteruskan - Mustapa -

Bantuan bersasar diteruskan – Mustapa

BANTUAN bersasar akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) walaupun negara berhadapan defisit fiskal yang kini mencecah kira-kira tujuh peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan mengakui sebahagian masyarakat harus menerima bantuan dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu mereka.

“Maknanya mereka yang terlantar, tak boleh bekerja, yang serius dari segi orang kurang upaya (OKU), ini tanggungjawab kerajaan untuk membela kepentingan mereka,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan RMK-12 hari ini berkata bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial akan diteruskan dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan dan menangani kenaikan kos sara hidup isi rumah B40 serta kumpulan mudah terjejas.

Mustapa berkata berdasarkan laporan, setiap tahun kerajaan membelanjakan sekitar RM25 bilion untuk pelbagai bantuan termasuk menerusi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, biasiswa dan subsidi.

Sementara itu, beliau berkata sebuah pangkalan data menggabungkan semua jenis bantuan diperoleh setiap penerima yang kini sedang dibangunkan dijangka siap sepenuhnya penghujung bulan hadapan.

“Ia akan jadi rujukan tunggal untuk sampaikan bantuan, sebelum ini mungkin ada pertindihan atau ada yang tertinggal selepas ini kita harap dapat murnikan lagi,” katanya.