Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tahniah Maryam Muzamir raih tiga emas di iCAN 2021 - PM -

Tahniah Maryam Muzamir raih tiga emas di iCAN 2021 – PM

WALAUPUN masih bersekolah rendah, Maryam Muzamir, 11, telah mengharumkan nama negara dengan meraih tiga pingat emas pada Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lepas.

Kejayaan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang itu telah menarik perhatian Perdana Menteri,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau menyatakan kebanggaan serta mengucapkan taniah di atas pencapaian Maryam dalam pertandingan yang berprestij itu.

Maryam beroleh kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.

Kejayaannya turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi beliau juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut. – Bernama