Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM sita aset bernilai RM1.6j dalam siasatan terhadap tiga pegawainya -

SPRM sita aset bernilai RM1.6j dalam siasatan terhadap tiga pegawainya

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita aset bernilai RM1.6 juta dalam siasatan melibatkan tiga pegawainya yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes membabitkan wang RM25 juta yang disimpan agensi itu.

Aset yang disita adalah sebuah rumah dan beberapa kenderaan mewah – antaranya dua motosikal jenis Ducati dan masing-masing sebuah kereta Mercedes Benz dan Honda Type R.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sitaan tersebut dilakukan terhadap penguasa kanan berkenaan bersama dua lagi pegawainya berpangkat penguasa dan ketua penolong penguasa kanan.

Kes tersebut mula mendapat perhatian selepas pendedahan kehilangan wang RM25 juta milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang disita SPRM tiga tahun lalu didakwa hilang.

Hasanah sebelum itu didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang kerajaan bernilai sekitar RM50 juta namun pada April lalu dia dilepas tanpa dibebaskan.

“Siasatan kini tertumpu kepada penguasa kanan berkenaan kerana dia antara individu yang bertanggungjawab menyimpan ex­hibits sesuatu kes yang disiasat.

“Bagaimanapun, SPRM turut memperincikan siasatan bagi melihat rekod pemilikan wang, harta benda membabitkan dua lagi pegawai yang ditahan,” kata laporan akhbar tersebut yang memetik sumber.

Terdahulu, laporan media juga mendedahkan berhubung penemuan senjata api dan peluru yang dimiliki penguasa kanan berkenaan

Untuk rekod, tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berhubung isu tersebut. – SB