Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19 kini 83.1 peratus -

Populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19 kini 83.1 peratus

POPULASI dewasa yang telah melengkapkan dua dos vaksin kini direkodkan sebanyak 83.1 peratus atau seramai 19,454,273 individu seluruh negara.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKAV),  sehingga kini dicatatkan sebanyak 42,106,397 dos sudah diberikan setekat semalam.

Manakala sebanyak 21,923,560 individu atau 93.7 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sejumlah 259,141 dos vaksin COVID-19 diberikan membabitkan 114,618 penerima dos pertama dan 144,523 dos lagi kepada penerima dos lengkap.

Pecahan jumlah pemberian dos yang diberikan semalam, Johor menjadi negeri tertinggi menerima dos lengkap iaitu sebanyak 28,286 dos, Pahang (18,134), disusuli Sabah (13,365), Perak (13,295), Kelantan (13,286), Kuala Lumpur (12,613), Selangor (10,912), Melaka (10,664) dan Pulau Pinang (8,6080).

Seterusnya, diikuti Kedah dengan 7,713 dos, Terengganu (5,331), Perlis (1,167), Sarawak (556), Negeri Sembilan (553) dan Labuan (40).

Hanya Putrajaya tidak merekodkan penerimaan vaksin semalam.

Sabah direkodkan sebagai negeri tertinggi yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19  dengan 19,860 dos diikuti Sarawak (18,708), Selangor (10,819), Johor (9,586), Kedah (9,345), Perak (9,208) dan Kelantan (6,913).

Selain itu Kuala Lumpur dengan 6,906 dos, Pulau Pinang (6,807), Melaka (5,282), Pahang (3,838), Terengganu (3,245), Negeri Sembilan (2,903), Labuan (738), Perlis (460).

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang diperkenalkan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin Februari lalu, telah mencapai sasaran 80 peratus populasi dewasa menerima vaksinasi lengkap seluruh negara sejak Selasa lalu.

Dijangkakan, menjelang Oktober ini, 100 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi dan apabila kadar ini tercapai, lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka dengan pematuhan SOP yang lebih dipermudahkan.—SB.