Muhyiddin, sawit dan peneroka

0
607

KENALI sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau bukan jenis ‘berkokok’ dalam perbuatan. Dengan diam dan senyap beliau bantu apa yang sepatutnya demi kehidupan peneroka.

Ada dua perkara bagaimana Muhyiddin membantu peneroka. Pertama dengan hal pengambilalihan saham FGV dan dipulangkan kepada Felda dan perlupusan hutang peribadi peneroka dengan Felda yang diwarisi berketurunan.

Semua tahu hal FGV merosakkan peneroka dan Felda sendiri. Projek ini dibuat di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Natijahnya kerugian dan berakhir dengan kegagalan serta Tan Sri Isa Samad didakwa.

Saham-saham Felda diapungkan di dalam pasaran bursa untuk menarik minat pelabur dan mencapai untung cepat dalam sekelip mata. Tetapi kegagalan pengurusan meruntuhkan segalanya. FGV sentiasa di dalam kerugian.

Setelah menjadi Perdana Menteri Kelapan, Muhyiddin telah cuba membetulkan keadaan dengan membeli semula kebanyakan saham FGV di pasaran terbuka sekali pun dan menjadikannya milik Felda kembali sepenuhnya dari terus menanggung rugi. Bukan perkara senang untuk ambil kembali saham di pasaran terbuka. Bukan semuanya milik kerajaan. Tetapi beliau berjaya.

Bukan sahaja saham, pengambilalihan ini membawa bersama 68 kilang sawit, bangunan, tanah dan semua aset FGV ke dalam Felda semula.

Hutang peneroka pula adalah hutang yang ditanggung peneroka sekian lama. Ada yang diwarisi dari ayah kepada peneroka sekarang. Ada yang berhutang lebih RM100,000.

Hutang-hutang ini adalah hutang peribadi mereka bersama Felda. Dari pinjaman ubasuai rumah, pinjaman pelajaran anak, pinjaman pembelian alatan ladang, pinjaman pembelian motorsikal, pinjaman tanam semula, pinjaman perbelanjaan asas dan lain-lain.

Semua hutang ini dilupuskan Muhyiddin sebanyak 80% bagi memastikan kehidupan peneroka lebih baik dan minimumkan jumlah hutang yang ada bagi memastikan hasil tuaian dapat dinikmati semaksimum mungkin.

Ini akan menjadikan kuasa belian dan kewangan mereka akan semakin besar dan mengukuh.

Dan semua ini dilakukan dengan diam, teliti dan sekelip mata tanpa apa-apa hebahan besar. Mengenali sikap Muhyiddin yang pendiam memang inilah sikapnya sejak dahulu. Diam dan terus bekerja.

Peneroka menjadi fokus utamanya kerana golongan ini ramai. Dan sepanjang memegang jawatan juga banyak usaha berkaitan sawit diusahakan Muhyiddin demi sawit negara.

Semasa lawatan rasmi ke Indonesia, Muhyiddin telah tandatangani bersama Presiden Jokowi untuk membawa nasib Sawit Malaysia dan Indonesia ke mahkamah antarabangsa kerana dewan parlimen EU memulakan langkah untuk mengharamkan penggunaan sawit Asia di dalam jajahan mereka.

Begitu juga sepanjang memimpin Malaysia, Muhyiddin berjaya membawa sawit ke dalam rundingan luar untuk mendapatkan pasaran luar negara secara besar dan konsisten.

Antara negara terlibat adalah Arab Saudi dan Jepun yang telah bersetuju untuk adakan perjanjian sawit melebihi 1 juta tan untuk kedua-dua negara.

Dan pada masa yang sama harga sawit sepanjang beliau memimpin juga tinggi akibat aktiviti penawaran yang sentiasa ada waima pandemik.

Dalam diam beliau tahu apa perlu dilakukan untuk selamatkan apa yang patut. Dan beliau buktikan
Dalam rancangan pemulihan negara, banyak lagi pelan ransangan pemulihan akan dibuat bagi membantu ekonomi sektor lain seperti petani, penoreh dan sebagainya.

Kelebihannya adalah fokus dalam sesuatu segmen dan habiskan tugasnya dengan teliti. Beliau tidak hiraukan tepuk sorak atau penghargaan. Tetapi apa kesan diperolehi kumpulan sasaran yang dirancanganya.

Itulah cara kerja Tan Sri Muhyiddin Yassin. Semoga terus bekerja demi rakyat dan negara.

Oleh MOHD EIN
Kuala Lumpur

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian SatuBerita. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. SatuBerita menghargai pendapat anda. Hantar pendapat anda ke emel, [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here