Firdaus Wong dedah video sumpah laknat didakwa abang mangsa pula

0
218

JIKA sebelum ini video sumpah laknat si ibu disebarkan hari ini, abang kepada mangsa yang kononnya menghadapi gangguan seksual oleh seorang pendakwah popular pula dikeluarkan.

Video berkenaan didedahkan oleh
pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi saluran Telegram miliknya.

Dalam klip video berdurasi 46 saat itu, seorang lelaki yang dirakam dari sudut belakang mengakui dirinya merupakan abang kepada mangsa gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.

“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.

“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video lucah berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri,” kata beliau.

Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) juga mendedahkan, akan tiba masa mereka tampil ke khalayak ramai untuk mendedahkan kebenaran.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu,” ujarnya.

Tulisan itu dilihat lebih 50,000 kali dan kali terakhir disunting pada pukul 9.11 pagi hari ini.

Sebelum ini, Firdaus Wong turut memuat naik tulisan menyatakan mangsa serta ahli keluarga beberapa individu terlibat ada menghubungi dirinya untuk memberi kata-kata semangat.

Semalam, Firdaus Wong menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu hantaran yang antaranya menyatakan akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here