[VIDEO] ‘Tidak jaga isteri’: Netizen tegur Aiman Hakim

PELAKON terkenal tanah air, Aiman Hakim Ridza hari ini telah memuat naik beberapa keping foto bersama isteri dan anaknya. 

Namun foto yang dimuatnaik kira-kira pukul 9 pagi tadi telah mengundang kemarahan netizen kerana disifatkan ‘gagal menjaga kehormatan’ isterinya.

Walau bagaimapun, netizen tetap gembira melihat foto keluarga kecil ini dan senyuman Isaac Raees yang sudah memasuki usia 8 bulan namun netizen juga sempat memberi teguran dan nasihat kepada Aiman berkaitan aurat isterinya.

“Aurat isteri tu nampak, biar la untuk tatapan mu sahaja,” kata lindaghaz_3.

“Kenapa ada suami sanggup kongsikan haknya pada mata orang lain.” kata Hazirahalwi.

“Suami.. jagalah aurat isterimu khas untuk tontonan dirimu sahaja.. suka ke orang lain duk tengok aurat isteri awak?” kata Sue_Iena.

Selain itu, netizen turut menumpukan kepada anak kecil mereka, Isaac yang kelihatan sangat comel di foto tersebut. 

“eee geramnya comel betul Isaac ni mata ikut daddy,” kata Hauraxdean.

“Comelll pandai baby dia,” kata Meksera.

Sebelum ini, beberapa lagi selebriti terkenal Malaysia turut dikecam gara-gara mempamerkan gambar mencolok mata di media sosial. – SB