Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] 'Kita akan tentang jika mereka pilih enggan terus kerjasama' - Muhyiddin -

[VIDEO] ‘Kita akan tentang jika mereka pilih enggan terus kerjasama’ – Muhyiddin

“Jika mereka sebahagian daripada kita, kita akan bekerjasama. Jika tidak, kita akan menentang mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

“Ini adalah prinsip kita, yang mana saya rasa ia sememangnya diterima oleh semua ahli Bersatu,” demikian tegas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kerjasama parti itu dengan UMNO pada PRU akan datang.

Muhyiddin berkata, Bersatu tidak ada masalah untuk terus bekerjasama dengan UMNO dalam PRU-15 jika UMNO memilih untuk bersama.

Meskipun menjalin kerjasama membentuk kerajaan pada hari ini, Muhyiddin berkata, Bersatu masih kurang jelas dengan hala tuju UMNO pada masa hadapan sama ada akan terus kekal dengan kerjasama seperti sekarang atau sebaliknya.

“Setakat ini apa yang kita yakin, kita akan terus berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan. Oleh kerana semuanya masih andaian, jadi, adalah sukar untuk saya ramalkan apa perkara yang akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Badan Pimpinan Bersatu Johor di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh, di sini hari ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, disebabkan keadaan itu, Bersatu bersama-sama Pas dan Gerakan akan terus bergerak ke arah memperkukuh Perikatan Nasional (PN) termasuk memperkemas jentera masing-masing sebagai persediaan menjelang pilihan raya.

Sementara itu, Muhyiddin yakin Pas akan terus bersama dalam PN terutama bagi menghadapi PRU-15 berdasarkan sokongan sehingga kini daripada pucuk pimpinan Pas dan ahli parti itu dalam mesyuarat berkaitan agenda yang diperjuangkan PN.

“Sehingga ke hari ini saya lihat dalam semua mesyuarat yang kita adakan, wakil Pas dan Presidennya di peringkat pusat serta pucuk pimpinan Pas datang bersama-sama berbincang banyak perkara berhubung kait dengan kerajaan dalam PN. Jadi setahu saya ini tidak berubah sehingga sekarang,” katanya. – SB