[VIDEO] Jentera Bersatu digerakkan untuk bantu rakyat terkesan akibat Covid-19

Turut akan sampaikan maklumat tepat mengenai usaha kerajaan dalam menangani wabak itu

0
1145

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengarahkan seluruh jentera parti untuk terus bergerak membantu rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang melanda negara.

Beliau juga mengarahkan agar seluruh jentera parti untuk menyampaikan maklumat yang tepat mengenai usaha yang telah dilakukan kerajaan dalam mengekang penyebaran dan kesan wabak itu yang mana kini telah menunjukkan hasil kejayaannya.

Jentera parti juga diarahkan untuk memperingatkan rakyat walaupun perkembangan positif dapat dilihat dalam peperangan menentang Covid-19, perjuangan masih belum berakhir dan SOP yang kini semakin dipermudahkan perlu dipatuhi.

“Usaha yang digerakkan kerajaan dan dibantu oleh pimpinan parti telah menunjukkan perkembangan positif terutamanya dalam proses vaksinasi bagaimanapun perkara ini masih belum selesai 100 peratus.

“Oleh itu apa yang akan kita lakukan di peringkat negeri Johor ialah bergerak ke bahagian-bahagian dan meneliti apa yang diperlukan untuk membantu rakyat,” kata beliau kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bersatu Johor di Ibu Pejabat Bahagian Pagoh parti itu pada Jumaat 24 September 2021.

Selain itu, Ahli parlimen Pagoh berkenaan turut mengarahkan jentera parti untuk melakukan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang.

Jelas beliau, persiapan itu perlu dimulakan sekarang bagi memastikan kejayaan parti apabila tiba waktu pilihan raya dilaksanakan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here