[VIDEO] Budak jadi ‘hero’ gantikan kucing dalam sangkar

GELAGAT anak-anak kecil sememangnya sering membuatkan orang ramai terhibur namun kadangkala ia boleh membuat ibu dan bapa hampir luruh jantung melihat kerenah mereka yang luar daripada jangkaan.

Salah satunya ialah menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @aindarman yang merakam video anaknya yang duduk di dalam sangkar kucing sambil mengeluarkan anak-anak kucing di dalam sangkar tersebut.

Tanpa rasa bersalah, anaknya langsung tidak menghiraukan ibunya yang mengucap panjang melihat anaknya yang terus mengeluarkan anak-anak kucing di dalam sangkar tersebut bagi memastikan dia dapat duduk dengan selesa.

Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai orang terhibur sehingga ada yang teringat akan satu video yang pernah tular seperti ini melibatkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Fattah Annas.

“Dik nk smbung generasi fattah annas ke” kata Syikin Akmal.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi komen menyatakan mereka terhibur melihat telatah anak kecil itu.

“Comelnyaaa rasa nak picit picit je dengan muka tak bersalah tu keluarkan kucing” kata Saidatul.

“Hahahahhahahahaah comelnya. Dia masuk kucing kena keluar ” kata Fatini Aziz.

Telatah anak kecil ini telah menarik minat lebih 40 ribu orang yang turut menyukai video ini. – SB