Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Siapa Dolla di papan iklan Times Square, New York? -

[VIDEO] Siapa Dolla di papan iklan Times Square, New York?

SELEPAS wajah penyanyi Yuna dan Layla Sania menghiasi papan iklan digital terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS), kini giliran kumpulan Dolla merasai peluang terbaik itu.

Dolla yang ditubuhkan pada 2019 itu menjadi selebriti Malaysia ketiga yang dipaparkan di papan iklan digital di New York Times Square pada Selasa.

Siapa Dolla? Dolla merupakan sebuah kumpulan pop wanita Malaysia yang dikenali menerusi lagu Dolla Make You Wanna dan dibarisi empat orang anggota iaitu Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby.

Meskipun masih hijau dalam bidang nyanyian, Dolla telah terpilih untuk berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi ternama Asia Tenggara menerusi lagu ‘HEAL’.

Dolla juga antara 17 penyanyi yang bekerjasama dengan Universal Music untuk merakamkan single #jangankeluar ciptaan Yonnyboii bersempena pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada 2020.

Walaupun sering disamakan dengan kumpulan K-POP terkenal iaitu Blackpink, Dolla bagaimanapun menjelaskan konsep yang diketengahkan adalah inspirasi daripada beberapa kumpulan wanita, termasuk daripada Barat mahupun tempatan.

Dalam pada itu, selain Malaysia, mereka turut mendapat liputan meluas daripada portal hiburan popular di Korea Selatan, Indonesia dan Singapura. – SB