Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi Melbourne -

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi Melbourne

TIADA rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian gempa berkekuatan 6.0 pada skala Richter yang melanda berhampiran Melbourne, Victoria, Australia pada Rabu, kata Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Mazita Marzuki.

Beliau berkata pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne akan terus memantau keadaan dan menasihati rakyat Malaysia agar bertenang. 

“Setakat ini tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan serius melibatkan rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Gempa yang melanda Melbourne pada Rabu itu antara yang terkuat menyebabkan kerosakan pada bangunan di bandar kedua terbesar itu dan gegaran turut dirasai di negara jiran.

Mengulas mengenai keadaan semasa di Melbourne, Konsulat Jeneral memaklumkan keadaan terkawal dengan keperluan asas, infrastruktur dan keperluan lain masih seperti biasa.

“Sebanyak 46 kerosakan harta benda dilaporkan di Mansfield dan Melbourne. Kira-kira 35,000 penduduk dan sebuah hospital terputus bekalan elektrik seketika,” katanya sambil menambah sekitar 779 rakyat Malaysia berdaftar di pejabat Konsulat.

Untuk maklumat dan kemas kini, rakyat Malaysia diminta menghubungi Konsulat melalui e-mel mwmelbourne@kln.gov.my, atau di talian: +613 95735400, talian kecemasan: +61403 859 500, portal:  www.kln.gov.my, FB: https://www.facebook.com/ConsulateGeneralofMalaysiaMelbourne, Twitter:  https://twitter.com/MYCGMelbourne dan Instagram: https://www.instagram.com/malaysiainmelbourne.- BERNAMA