Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kajian tekanan psikologi mahasiswa cakup banyak faktor -

Kajian tekanan psikologi mahasiswa cakup banyak faktor

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan bahawa kajian kesan tekanan psikologi dalam kalangan mahasiswa berikutan pandemik COVID-19 tidak hanya bersandarkan faktor pembelajaran secara maya.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, kajian yang dikendalikan oleh dua agensi itu turut mengambil kira beberapa faktor masalah lain dalam situasi masing-masing.

Beliau menambah, kajian membabitkan lebih 24,000 penuntut institusi pengajian tinggi berkenaan belum tamat dan akan terus dijalankan bagi memantau perkembangan semasa.

“Kajian mengenai tekanan dalam kalangan mahasiswa ini belum tamat dan ia bukan hanya mengambil kira faktor pembelajaran secara dalam talian.

“Sebaliknya, ia turut terkait dengan masalah lain dalam situasi konteks masing-masing. Kita akan mengeluarkan satu dapatan yang lebih menyeluruh bila (kajian ini) selesai sepenuhnya kelak, dengan mengambil kira kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan 2.0,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini. – SB