Warga emas kerugian lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai LHDN’

0
281

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG warga emas kerugian lebih RM1 juta selepas ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kononnya terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram awal bulan ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut semalam iaitu wanita berusia 69 tahun itu menjadi mangsa terbaharu Macau Scam.

“Mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai Pegawai LHDN memaklumkan mangsa terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram pada awal September 2021.

“Panggilan yang dibuat kemudian disambung kepada Mr. Yong yang juga menyamar sebagai polis. Mangsa berasa takut dan mengikut arahan untuk membuka akaun HSBC atas nama mangsa dan memberikan no siri serta kad ATM serta nombor pin HSBC kepada suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, antara 3 hingga 17 September, mangsa telah membuat pemindahan wang daripada akaun OCBC, RHB, CIMB, AM Bank dan Public Bank ke akaun ke akaun HSBC dengan jumlah RM1,032,513.

Mangsa juga katanya, menyerahkan semua nombor tac kepada suspek dan semalam wanita berkenaan pada baki akaun bank HSBC tersebut dan mendapati semua wang tersebut sudah lesap.

Kes tersebut katanya, disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara setahun hingga 10 tahun selain denda dan sebatan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan peka dengan trend jenayah semasa terutama melibatkan transaksi belian online, pelaburan dan perkenalan dalam talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here