UMUM mengetahui bahawa jus buah- buahan adalah sangat baik untuk kesihatan manusia.
Namun, tahukah anda, jus buah-buahan boleh juga boleh memberi mudarat sekiranya diambil secara berlebihan?
Kajian terbaharu yang dilakukan para saintis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat telah mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Menurut laporan Sinar Plus, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad berkongsi beberapa fakta yang perlu diketahui tentang pengambilan jus buah.
Berikut adalah perinciannya:
i) Pengambilan jus buah-buahan boleh diambil dengan syarat serat buah-buahan tidak dipisahkan bersama dengan jusnya.
Perbuatan mengasingkan serat daripada jusnya akan meningkatkan kadar penyerapan gula ke dalam darah.
ii) Tidak mengambil jus buah-buahan secara berlebihan.
Kanak-kanak yang berusia kurang dari enam tahun disarankan hanya mengambil jus buah-buahan sebanyak 100 hingga 170 gram setiap hari.
Kanak-kanak yang berusia 7 hingga 18 tahun, boleh mengambil antara 200 hingga 350 gram dalam sehari.
Orang dewasa tidak melebihi dua hingga tiga gelas dalam sehari.
iii) Tidak menambah gula dalam jus buah-buahan akan meningkatkan tahap karbohidrat dan kalori dalam minuman.
iv) Elakkan meminum jus buah-buahan pada waktu pagi ketika perut kosong jika alahan terhadap buah tersebut.
v) Tidak menyimpan jus buah-buahan yang telah disiapkan terlalu lama dalam peti sejuk.
Sebaiknya habiskan jus tersebut dalam masa empat jam setelah disediakan.
vi) Beberapa jenis buah seperti mangga, alvokado, nangka atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi.
Jus buah-buahan yang tinggi karbohidrat disarankan untuk tidak diambil bersama dengan makanan yang berat contohnya makan tengah hari.
iv) Tidak minum jus buah-buahan pada waktu pagi ketika perut kosong jika kita alahan terhadap buah tersebut.
v) Tidak menyimpan jus buah-buahan yang telah disiapkan terlalu lama dalam peti sejuk.
Sebaiknya habiskan jus tersebut dalam masa empat jam setelah disediakan.
vi) Beberapa jenis buah seperti mangga, alvokado, nangka atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi.
Jus buah-buahan yang tinggi karbohidrat disarankan untuk tidak diambil bersama dengan makanan yang berat contohnya makan tengah hari.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.