SATU gempa bumi berukutan 6.0 pada skala Richter telah menggegarkan kawasan berdekatan Melbourne, Australia pada Rabu.
Laporan Geoscience Australia menebut, pusat gempa berkenaan tertumpu di bandar Mansfield terletak 200 kilometer di timur laut Melbourne dengan kedalaman 10 kilometer (6 batu).
Bagaimanapun, menurut Biro Meteorologi Kebangsaan Australia, tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk seluruh negara itu.
Stesen radio 3AW memuat naik rakaman foto menunjukkan runtuhan bangunan di jalan di Melbourne disebabkan oleh gempa berkenaan, lapor Reuters. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.