Ada kemungkinan anak murid Anwar akan jatuhkan PM lagi – Khalid Samad

ANAK didik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan cuba menjatuhkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sepertimana yang pernah dilakukan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Menurut laporan portal Agenda Daily, dakwaan itu dinyatakan oleh Pengarah Perhubungan Amanah, Khalid Samad terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan 14 Ahli Parlimen UMNO yang menjadi penyokongnya setianya.

“Lepas itu kerajaan Pagoh (Muhyiddin) juga dijatuhkan, bukan oleh PH (Pakatan Harapan), tapi 14 Ahli Parlimen UMNO yang tarik sokongan.

“Ada kemungkinan YB Bera (Ismail Sabri) akan dijatuhkan kembali, dan kalau ia berlaku itu adalah kerana budaya politik yang buruk dan rosak yang diamalkan sesama mereka,” kata Ahli Parlimen Shah Al itu. di Dewan Rakyat rakyat semalam. – SB

Khalid juga mendakwa Ismail Sabri tidak mempercayai Presiden UMNO itu sehingga tidak mahu mengadakan usul undi percaya di Dewan Rakyat walaupun pada awalnya berjanji untuk mengabsahkan kedudukannya sebagai PM.

“Dia (Ismail Sabri) sedar dia duduk bersama geng pencuri yang tidak boleh dipercayai.

“Itu sebab dia tak nak buat undi percaya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM Kesembilan susulan peletakan jawatan Muhyiddin selepas kehilangan majoriti MP di blok kerajaan.

Muhyiddin hilang majoriti apabila gerombolan 15 MP UMNO diketuai Zahid menarik sokongan.

Sebelum itu, beberapa pendedahan berhubung komplot Anwar dan Ahmad Zahid didedahkan media, termasuklah klip audio tular pada April lalu yang mendedahkan rancangan untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Malah, tahun lalu Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menghantar sepucuk surat ke Istana Negara yang menyatakan sokongan kepada Anwar tetapi rancangan tersebut gagal. – SB