Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman dibuka mulai 1 Oktober -

Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman dibuka mulai 1 Oktober

DESTINASI pelancangon di Melaka, Genting Highlands serta Pulau Tioman akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat ketika Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini, selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok.

“Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.

“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.

“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Turut hadir, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam sidang media sama, Ahmad Faizal berkata, kementeriannya sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar membuka stadium bola sepak dan sukan lain kepada orang awam.

Beliau berkata, pembukaan itu kelak akan merancakkan semula aktiviti sukan di dalam negara.

“Kementerian akan berusaha untuk membuka lebih banyak lagi aktiviti sukan seperti gimnasium dan boling baru-baru ini.

“Apa yang penting pembukaan sektor sukan lebih banyak ini perlu datang dengan tanggungjawab terhadap SOP oleh semua lapisan masyarakat,” katanya. – SB