Langgar lampu merah, warga emas maut digilis lori

0
428

NASIB malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila dia maut selepas digilis lori dalam motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 28.5 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran lampu isyarat Jalan Lintang, di Sungai Siput, pagi tadi.

Mangsa dikatakan tidak berhenti dan terus melintas walaupun lampu isyarat berwarna merah.

Lelaki berumur sekitar 60-an itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan melibatkan motosikal jenis Modenas ditunggang mangsa dan sebuah lori tanah itu berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi.

Menurut Ketua Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, siasatan awal mendapati, mangsa membelok ke kanan menghala ke Kuala Kangsar apabila lampu isyarat menunjukkan warna merah.

“Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat itu, motosikal mangsa secara tiba-tiba melintas menyebabkan lori tanah dipandu lelaki berusia 30-an tidak sempat memberhentikan kenderaan berat terbabit lalu merempuh dan menggilis mangsa.

“Ketika kejadian, lampu isyarat dari arah lori tanah berkenaan menunjukkan warna hijau,” katanya.

Beliau menambah, pemandu lori itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here